Rabu, 15 April 2009

Pendidikan (Kaedah & Teknik Pengajaran)

PANDUAN KAEDAH MENGAJAR / TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Kaedah Sokratik (Penyoalan).
Guru mengemukakan berbagai soalan kepada murid supaya mereka berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang telah ada pada mereka, menjawab soalan dan seterusnya membuat kesimpulan.

2. Pembelajaran Koperatif.
Murid-murid mendengar, menulis, membaca serta berinteraksi antara satu sama lain. Mereka saling Bantu membantu dalam usaha pembelajaran. Guru memerhati dan campur tangan jika perlu.

3. Dapatan (Heunstik).
Belajar menggunakan cara penyelidikan yang dilakukan secara bersendirian berasaskan pemerhatian, kaji uji dan ujian.
Jenis Kaedah Dapatan:
Kaedah Dapatan Berstuktur.
Guru menyediakan suatu diri aktiviti yang bersinambungan.
Murid-murid diberi bimbingan dan panduan untuk menjalankan penyelidikan mereka.
Kaedah Dapatan Terbuka.
Murid-murid membuat perancangan aktiviti mereka sendiri tanpa bantuan dari pihak guru.

4. Projek.
Murid-murid menjalankan suatu aktiviti dalam situasi yang sebenar dan bertujuan mendapatkan sesuatu hasil.
Jenis-jenis Projek:
a. Projek kaji selidik.
b. Projek hasil tangan.
c. Projek lawatan.

5. Inkuri.
Murid-murid membuat penyelidikan untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang diberikan.
Jenis-jenis Inkuri:
a. Inkuri Berbimbing.
i. Guru membimbing murid-murid ketika mereka membuat penyelidikan.
b. Inkuri Bebas.
i. Murid-murid tidak dibimbing.
ii. Guru hanya memberi penerangan yang asas mengenai tujuan dan bagaimana memulakan proses perbincangan.

6. Sumbang Saran.
Perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topic perbincangan.

7. Bercerita.
Guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita.
Jenis-jenis Bercerita:
a. Cerita secara lisan.
b. Mendengar pita rakaman.
c. Menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan patung-patung (boneka).

8. Pendekatan Modul (Modular).
Kaedah mengajar individu yang mana murid mengikut panduan dan arahan guru, mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bercetak. Modul yang disediakan membolehkan murid-murid maju dari yang senang kepada yang susah.

9. Diskusi (Perbincangan).
Murid-murid berinteraksi (berbincang) mengenai sesuatu topic yang sedang diajar. Guru hanya mengemukakan soalan-soalan serta jawapan-jawapan yang diterima.

10. Demonstrasi (Tunjuk Cara).
Guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid-murid.
Jenis-Jenis Demonstrasi:
a. Model hidup seperti manusia.
b. Model Simbolik seperti gambar.
c. Model persepsi seperti menggunakan video.

11. Simulasi.
Sesuatu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelasaikan sesuatu masalah dalam kaedah terkawal.
Jenis-jenis Simulasi:
a. Sosio Drama.
i. Skrip lakonan disediakan terlebih dahulu supaya murid-murid dapat membaca dan membuat persediaan.

b. Main Peranan.
i. Satu lakonan spontan tanpa menggunakan skrip.

12. Sesi Buzz.
Aktiviti perbincangan yang terdiri dari kumpulan kecil. Setiap kumpulan mengandungi pengerusi, pelapor dan beberapa orang ahli. Sesi Buzz biasanya selepas guru mengajar sesuatu pelajaran. Murid-murid akan membincangkan topic yang diberikan oleh guru.

Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula dalam suatu kumpulan besar untuk mengadakan perbincangan am. Guru merumuskan hasil perbincangan di papan tulis untuk dicatatkan oleh semua murid dalam buku nota mereka.

Rujukan
Mok Soon Sang (2000) Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran Edisi 2.
Omardin Ashaari dan Yunus Muhammad (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah.
Jasbir Sarjit Singh (1985). Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia, KL.
Abd. Rahim Abd Rashid (1997) Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM, DBP.
Abd. Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM, KL. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tiada ulasan: