Khamis, 16 April 2009

Pengajaran

Zuber B. Hj. Hassan (1999) memetik Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1978) pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan.
Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan pelajar (Sharifah, 1984).

Tiada ulasan: